Wednesday, July 3, 2013

Tiada Tajuk Hehe

Assalamualaikum :)

Seperti sebelum sebelum ini juga tiada satu pun yang menarik disini. Maka dengan itu terpulang kepada awak nakangkat kaki. Ops i mean jari hehehe. Ok kita serius balik. Now aku dekat library Poli aku ni haa. Masuk library main komputer hohoho. Well masa awal awal nilah pun aku dapat main main ni. Nanti dah ada assigment bagai memang taklah kan. Hahaha.

Nak tahu something, ini hal peribadi. Aku dekat sini taktahu nak cerita dekat siapa. Cerita cerita pun ada yang cover. Tapi air mata memang takleh cover. Gua kan sensitip :p Aku kalau nak jatuh cinta bukan senang. Aku memang takfaham lah kan dengan manusia yang lepas satu satu dia boleh grab. Amboi kau? Hahaha. Kalau aku dalam situasi cemni, aku memang susah nak terima hakikat sikit awal awal tu. But percayalah perempuan perempuan di luar sana. Memang  benda cemni take time sikit tapi kira oklah kita perlahan perlahan move on en gelojoh gelojoh nak pergi mana? Haha

Kalau crush kau yang dulu tu memang betul nak lepaskan kau, kau terima jelah. Banyak lagi lelaki lain. Tapi kalau dia nak hold kau.... mesti ada sebab en? Example macam kau masing masing nak study so why not kau just hold? Demi kebaikan? Bagus weh. InsyaAllah ada rezeki kelak, doa banyak banyak. Ya aku tak nafikan memang susah nak terima kenyataan. Kalau aku pun. Tapi macam aku cakap tadilah, semua ni take time. Alah time kau hold tu kau still berkawan kan? Still macam dulu, cuma tak serapat dulu je maka apa masalahnya? Chillah Ayu. Eh? :p Everything will be okay. Alah, dua tiga hari tu dah cukup :) Percayalah.Kata orang rezeki tu di tangan Allah s.w.t. Ada empat perkara yang Dia pegang iaitu ajal,maut,jodoh,pertemuan. Sekarang aku percaya dengan kata kata orang yang "Rancanglah sehebat mana pun, kalau Allah dah tak izinkan semuanya mustahil untuk berlaku."

Conclusionnya is manusia ni tak lari dari kesilapan. Masing masing ada kekurangan. Tanpa kita sedar kesilapan kita tu yang memakan diri kita. Oh man macam tak kena je conclusion aku. Okay mungkin tabah sabar dan istiqamah tu penting dalam kehidupan. Percaya dengan takdir Allah kerana dia Maha Berkuasa Maha Mendengar. Assalamualaikum sayang semua xoxo!

p/s: Malam ni gua ada temuduga PRS. Doakan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...