Sunday, July 14, 2013

Keburukan Internet




Pada masa kini, remaja cenderung menggunakan Internet daripada melakukan aktivitI riadah diluar. Perkara ini amat membimbangkan kerana selain daripada mereka duduk di rumah dan tidak bergaul dengan jiran tetangga, mereka juga akan terkesan dengan perkara-perkara negatif yang tersebar di dalam Internet.


Internet banyak mendatangkan faedah kepada seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna khususnya para remaja masa kini kerana mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang disebarkan melalui Internet.


Dengan adanya dunia tanpa sempadan ini, terdapat penyebaran bahan pornografi yang datangnya dari seluruh dunia dan ianya berleluasa. Ini akan merosakkan fikiran mahupun akhlak pengguna Internet terutama sekali remaja masa kini. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan iaitu peningkatan kadar jenayah pada masa hadapan yang juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan.

Kegiatan cetak rompak juga semakin berleluasa dan ini akan melumpuhkan industri hiburan tanah air. Perkara ini membolehkan kelumpuhan pada ekonomi negara.

Oleh yang demikian, masyarakat khususnya ibu bapa hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya Internet ini digunakan dengan baik dan dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Remaja pula seharusnya menggunakan Internet ke arah kebaikan supaya kemudahan ini dapat digunakan dengan baik dan dapat memberi faedah dan kesan yang baik pada masa hadapan. Sekian terima kasih. Jumpa lagi di entry yang seterusnya ;)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...