Sunday, July 14, 2013

Keburukan Internet




Pada masa kini, remaja cenderung menggunakan Internet daripada melakukan aktivitI riadah diluar. Perkara ini amat membimbangkan kerana selain daripada mereka duduk di rumah dan tidak bergaul dengan jiran tetangga, mereka juga akan terkesan dengan perkara-perkara negatif yang tersebar di dalam Internet.


Internet banyak mendatangkan faedah kepada seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna khususnya para remaja masa kini kerana mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang disebarkan melalui Internet.


Dengan adanya dunia tanpa sempadan ini, terdapat penyebaran bahan pornografi yang datangnya dari seluruh dunia dan ianya berleluasa. Ini akan merosakkan fikiran mahupun akhlak pengguna Internet terutama sekali remaja masa kini. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan iaitu peningkatan kadar jenayah pada masa hadapan yang juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan.

Kegiatan cetak rompak juga semakin berleluasa dan ini akan melumpuhkan industri hiburan tanah air. Perkara ini membolehkan kelumpuhan pada ekonomi negara.

Oleh yang demikian, masyarakat khususnya ibu bapa hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya Internet ini digunakan dengan baik dan dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Remaja pula seharusnya menggunakan Internet ke arah kebaikan supaya kemudahan ini dapat digunakan dengan baik dan dapat memberi faedah dan kesan yang baik pada masa hadapan. Sekian terima kasih. Jumpa lagi di entry yang seterusnya ;)



Wednesday, July 3, 2013

Tiada Tajuk Hehe

Assalamualaikum :)

Seperti sebelum sebelum ini juga tiada satu pun yang menarik disini. Maka dengan itu terpulang kepada awak nakangkat kaki. Ops i mean jari hehehe. Ok kita serius balik. Now aku dekat library Poli aku ni haa. Masuk library main komputer hohoho. Well masa awal awal nilah pun aku dapat main main ni. Nanti dah ada assigment bagai memang taklah kan. Hahaha.

Nak tahu something, ini hal peribadi. Aku dekat sini taktahu nak cerita dekat siapa. Cerita cerita pun ada yang cover. Tapi air mata memang takleh cover. Gua kan sensitip :p Aku kalau nak jatuh cinta bukan senang. Aku memang takfaham lah kan dengan manusia yang lepas satu satu dia boleh grab. Amboi kau? Hahaha. Kalau aku dalam situasi cemni, aku memang susah nak terima hakikat sikit awal awal tu. But percayalah perempuan perempuan di luar sana. Memang  benda cemni take time sikit tapi kira oklah kita perlahan perlahan move on en gelojoh gelojoh nak pergi mana? Haha

Kalau crush kau yang dulu tu memang betul nak lepaskan kau, kau terima jelah. Banyak lagi lelaki lain. Tapi kalau dia nak hold kau.... mesti ada sebab en? Example macam kau masing masing nak study so why not kau just hold? Demi kebaikan? Bagus weh. InsyaAllah ada rezeki kelak, doa banyak banyak. Ya aku tak nafikan memang susah nak terima kenyataan. Kalau aku pun. Tapi macam aku cakap tadilah, semua ni take time. Alah time kau hold tu kau still berkawan kan? Still macam dulu, cuma tak serapat dulu je maka apa masalahnya? Chillah Ayu. Eh? :p Everything will be okay. Alah, dua tiga hari tu dah cukup :) Percayalah.Kata orang rezeki tu di tangan Allah s.w.t. Ada empat perkara yang Dia pegang iaitu ajal,maut,jodoh,pertemuan. Sekarang aku percaya dengan kata kata orang yang "Rancanglah sehebat mana pun, kalau Allah dah tak izinkan semuanya mustahil untuk berlaku."

Conclusionnya is manusia ni tak lari dari kesilapan. Masing masing ada kekurangan. Tanpa kita sedar kesilapan kita tu yang memakan diri kita. Oh man macam tak kena je conclusion aku. Okay mungkin tabah sabar dan istiqamah tu penting dalam kehidupan. Percaya dengan takdir Allah kerana dia Maha Berkuasa Maha Mendengar. Assalamualaikum sayang semua xoxo!

p/s: Malam ni gua ada temuduga PRS. Doakan yang terbaik.

Wednesday, June 12, 2013

ENTRY BUATMU A

Ya Allah berapa tahun dah aku tak singgah dekat blog ni pun aku kurang pasti. Sampai sekarang aku dah dapat result spm, alhamdulillah syukur sangat sangat dapat keputusan yang cemerlang :) aku dah pun cari pengalaman bekerja dan  sekarang masa untuk sambung belajar peringkat diploma dekat politeknik :)

Terus terang aku cakap nak selesaikan semua medical check up bagai pastu buat akaun bank untuk ptptn lah, beli segala barang keperluan lah, cop pengetua lah ketua kampung lah sangatlah menyerabutkan kepala. Kalau nak listkan boleh pengsan aku. Sakit jiwa raga aku lebih lebih lagi buat last last minute cenggini. Next week okay aku masuk poli. Salah aku juga buat last minute, sampaikan medical check up terpaksa tunda 21hb sedangkan aku masuk poli 17hb. Ya Allah mati kutu aku. Hopefully Allah permudahkan semuanya. Pihak poli please bagi kelonggaran aku balik sekejappppp je Jummat tu untuk selesaikan segala galanya. Peh siryesly taklarat dah ni.

Minggu ni everyday aku keluar je kerja. Ehem, bukan keluar mengikut sesedap hati tapi selesaikan segala hal ni. Ya Allah dah lah aku berundur dulu. Assalamualaikum ;) Especially kepada cik abang buah hati yang dah contact pun kejap kejap je :')

p/s: Actually saya tulis blog ni nak bagi awak tahu perkembangan semasa saya kekeke :p dan gambar dibawah hanya untuk memeriahkan susana je hahaha lewls





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...