Tuesday, December 11, 2012

School :')

Hai and asalamualaikum muslims :)
Berkurun lama aku tak mengupdate blog. Tipu kalau aku cakap, aku tak rindu nak bercerita dalam blog kesayangan aku ni. Macam biasa aku akan jengah blog aku ni kekadang tu bila terasa rasa nak bukak. Sebab kekadang tu terkenang lah juga, apalah nasib blog aku. Heh alhamdulillah tiada sebarang cacat cela aka sihat walafiat. Hahaha. Entri kali ni agak panjang dan bosan beserta gambar pun tiada. Haa aku dah bagitahu awal awal, so awal awal kau dah boleh pikiaq nak go on or chaw :3

Okay now walaupun aku tengah ketandusan idea. Aku kerah juga tangan aku agar menari nari dengan girang atas papan kekunci ni. Kerah? Tangan? Adakah ada kaitan? *cengkerik* Yeah aku dah habis spm. Spm yang selama ni aku gembar gemburkan. Jangan tanya paper cemmana. Ada yang okay, ada yang macam tuutt tett tutt tutt. Tapi alhmdulillah dapat jawab semua dengan baik. Aku dah bebas *peace* *duckface* Okay okay serious, alahai serious serious nak pergi mana kan~

Nak tahu sesuatu tak, dalam suka suka ni, terselit juga baaanyak rasa sedih. Sedih nak tinggalkan zaman persekolahan. Lima tahun weh, lima tahun. Now, masing masing yang dah habis sekolah ni sibuk mencari kerja dan aku tak terkecuali. Eh nak selit sikit, buat resume pun payah jugak eh? ke aku yang biul sikit. K continue...

2002 sehingga 2007

SRK Kampung Cheras Baru. Ini lah sekolah rendah aku. Dekat sini aku kenal macam macam jenis cikgu. Kau nak garang ada, gatal ada semua ada. Hehehehe :3 Zaman ni zaman muda mudi aku. Comel cinonet jee :p Aku dulu bambam sikit. Aku ingat lagi masa aku darjah dua ada seorang budak lelaki ni, aku takpasti lah dia anti aku kepe en. Ada ke patut dia tolak aku masa nak turun tangga balik sekolah tu. Woo agak kurang asam juga. Dia ingat dia anak cikgu, aku takutlah? Esoknya, aku mengadu dekat mak dia. Otak aku fikir, mestilah mak dia akan tibai dia cukup cukup. So puas lah juga hati aku. Tapi....lain yang aku fikir tapi lain yang jadi. Mak dia buat donno jee. Ya Allah sabar jelah --' Foine foine kira baik ah aku tak mengadu dekat parents aku. Kalau tak dua dua kena hayun dengan pelangkung ayah aku. Eh memandai jee aku.

2008 sehingga 2012

SMK Taman Seraya. Ini sekolah yang aku banggo banggokan. Pernah terniat di hati nak pindah, nak bawa diri masa lepas pmr tu. Tapi at last sampai sekarang aku akhirkan zaman kain biru aku. Ops aku pengawas pusat sumber so tukar statement kain biru ke kain coklat aku dekat sini. Di sini, makin ramai orang aku kenal, makin banyak perangai aku kenal, makin banyak jejaka aku kenal, makin rapat dengan seseorang. Eh? Hahaha :p Senang cerita Taman Seraya sumpah terkandung banyak sangat kenangan pahit manis. Bermula di sekolah menengah inilah aku boleh bawa motor ke sekolah. Vroom vroomm ~ And apa lagi ya?Dekat sini aku kembangkan bakat aku yang tak berapa nak berseni ni. Aku involve banyak benda, especially kawad kaki. Hitam legam kulit pun aku tak kisah demi kawad. Ewah~ nampak tak pengorbanan tu :p The precious moments memang time kawad lah. Gaduh, suka, gembira semua terselit cerita dalam tu :) Sangat payah nak tinggalkan zaman sekolah sebenarnya.

Pernah masa awal tahun dulu, ada seorang sahabat senior aku cakap"Kau hargailah zaman sekolah kau ni, sebab zaman sekolah ni hanya sekali and bla bla bla" Aku tahu pasal tu. Tapi aku taktahu macam mana  cara cara utk menghargai zaman sekolah ni. Then dia cakap "Bagi aku,kau trylah involve sebanyak mana aktiviti yang kau minat, dari situ kau boleh kumpul a lot of memories"
For your information, sekarang ni aku memang tak berapa keruan duduk dekat rumah. Aku nak sekolah tsk tsk ;'( Okay agak tak sedar diri disitu :p Tapi apakandaya umur dah nak masuk 18 soooo wooo 18 wooo! Okay jakunnya kau Ayu? Heh~ Sekarang aku kena lalui kehidupan luar yang penuh ranjau berduri. Auch auch sakit. Ranjau berduri kan, sakit lah :3

So bagi adik adik yang nak naik sekolah awal bulan ni, belajarlah rajin rajin. Hahaha belajar rajin rajin k. Dengar jelah cakap Kak Ayu ni. And to my members yang pergi ke plkn tu teguhkan lah hati mantapkan lah body supaya dekat sana kaurang dapat biasakan diri. Plkn bestlah! Eee geram pulak yang mengada taknak pergi tu. Oklah aku rasa aku dah boleh masuk tidur sekarang ni, sebab aku menaip ni lewat malam. Nantikan next entry kalau aku rajin. Tata *lelambai* :))


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...