Thursday, August 9, 2012

Potpet Potpet :>

Asalamualaikum :) Erk rasa macam awkward gila kot bila dah lama tak menaip ni x___x Nak cerita pasal apa pun taktahulah. Erk belum terlambat lagi kan kalau nak cakap selamat berpuasa? Hihihi selamat berpuasa! Macam mana dengan prestasi berat anda, dah turun berapa kg? Heh heh :3 Okay, aku baru balik dari sekolah ni. Balik lambat sikit sebab buat revision sejarah dengan kawan kawan. Konon rajin lettew u__u Ya Allah...sejarah memang menguji kesabaran. Banyaknyaaaaaa~ I can died! Okay, itu tipu. Hm.....apa lagi nak taip ni.


Hmmm yeah harini 20 Ramadhan. Serononk sangat dapat buat terawih. Bukan kita dapat dekat bulan bulan lain, bulan Ramdhan ni jelah pun kan? Kejarlah pahala dengan cuba perbanyakkan ibadat. Ibadah sunat yang kita buat masa bulan ramadhan ni, berlipat ganda pahala yang kita dapat. Lagi lagi dah sepuluh malam terakhir ni kan. Siapa yang taknak dapat malam Lailatulqadar tu. Kalau boleh semua orang nak! Jadi kalau usaha lebih, tak leka InsyaAllah dapat :) Untung sangat sangat siapa yang buat semua ibadah ni dengan ikhlas Lillahitaala. Seronok sebab dapat merasa kemanisan iman tu..



InsyaAllah Sabtu ni aku dengan kawan kawan semua plan nak berbuka sama sama. Ah tak sabarnyaa! Teringat pulak masa berbuka sama sama last year ;) Can't wait! Tapi tak berapa ramai sangat ah yang join, masing masing ada hal. Takpelah, janji dapat jugaa berbuka dengan diaorang semua yang ada tu pun jadilah..Eh eh kaurang dah borong baju raya? Aku dah.....dan hanya sehelai untuk tahun ni. Bukan boleh raya sangat pun, sebab lepas raya dah trial espiem pulak. Naik naik sekolah terus trial, memang harapan lah nak pergi rumah terbuka ke apa ke kan macam tahun lepas. Hahaha >__<

Gambar dekat atas tu masa berbuka dekat rumah Cikgu Pabil. Dua minggu lepas taksilap aku. Hahaha kemain lama lagi. Oklah tataaa Selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...