Friday, March 9, 2012

Kata hati

Salam :) Gambar bawah ni masa aku masuk dengan muka takmalunya bersama kawan kawan perempuan ke dalam sekolah pandan indah. Kononnya tengok pasukan bola seraya lawan. Tapi aku dan Syina tak berkesempatan sebab ada hal yang lagi penting daripada itu. Syina dengan tuitionnya dan aku yang tak ada apa apa pun. Duduk rumah.


 Aku tak pandai berkata kata. Apa yang buat aku bangga dengan kau. Kau kuat Mimi. Kau tak tunjuk depan kitaorang semua yang kau sebenarnya sedih. Tapi, aku tahu kau sedih. Walaupun aku masih ada ibu yang menjaga aku, tapi aku tak dapat gambarkan keadaan aku kalau lah aku dekat tempat kau. Kita yang masih hidup hanya boleh panjatkan doa ke atas orang yang dahulu meninggalkan kita. Mak kau pergi kerana Allah lebih sayangkan dia. Tu kau kena ingat ya :) Allah takkan uji seseorang hambanya jika hambanya tak mampu menanggungnya. Kalau tak silap aku. Apa-apa kau jaga diri kau elok-elok. Doakan kesejahteraan mak kau.

Untuk pengetahuan akal kau, aku berjiwa sensitif. Jangan kau ungkit soal ibuayah. Aku mudah tersentuh. Aku mudah menitiskan air air jernih dari tubir mata. Macam pagi tadi, lepas bacaan yasin, ustaz cerita pengorbanan ibuayah dan air mata aku mula bergenang. Aku rasa, aku sorang je macam tu. Mungkinlah. Bodoh betul. Cara aku macam banyak sangat dosa yang aku buat dengan diaorang. Ya, aku rasa mungkin benda tu tak boleh dinafikan. Mungkin ada tiga empat perkara yang aku buat mengguriskan hati diaorang. Siapa tahu? Last aku mintak maaf raya tahun lepas. Aku tahu tahu,banyak dosa aku terhadap diaorang. Tapi aku betul betul nak jadi anak yang terbaik. Biar diaorang bangga dengan aku. Aku harap sangat...


Harini hari Jumaat. Last sekolah. Minggu depan cuti seminggu. Aku gentar nak hadap paper-2 yang bakal diunjuk oleh para cikgu. Aku tak yakin aku dapat target berapa. Aku buat apa yang aku ingat. Aku buat apa yang aku tahu dan aku buat apa yang aku rasa logik. Itu saja. Selebihnya aku tawakal. Sains aku ada tinggal. Serupalah juga dengan Sejarah. Bahagian hadapan aku isi dengan yakin. Bila buka mukasurat seterusnya aku jadi was was dengan apa yang aku nak tulis sampaikan masa habis. Apa pun dah tak boleh. Aku tak sempat tulis. Padan dengan muka aku.


Harini juga hari yang sepatutnya budak budak taman seraya dapat majalah sekolah. Tapi lain pulak bagi aku. Aku tak dapat. Mungkin sebab aku tak bayar tahun lepas kot. Padan muka aku. Aku akan usaha cuba dapatkan majalah tu. Sekarang ni pun, aku pinjam kawan aku punya majalah. Aku gembira bila kawan kawan aku sedar karya aku. Aku mencuba. Aku masih berjinak jinak dengan karya penulisan. Ramai yang mengatakan cerpen aku sedih dan Hazriq(si hero) jahat. Aku tak kisah. Itu pandangan masing- masing. Aku gembira mereka faham apa yang cuba aku sampaikan.

Ini yang aku maksudkan. Kisah Nurin dan Hazriq. Terus terang aku cakap, aku gelak tengok balik hasil tulisan aku. Tapi itulah yang lahir dari hati. Ikhlas. Aku nakkan hubungan yang macam tu. Tapi aku taknak lah pengakhirannya sebegitu. Cerita aku takde kena mengena dengan sesiapa yang hidup dan yang mati. Imaginasi aku . Aku kan kuat berangan. Hihi . Sekarang ni mata memaksa pejam. Tapi aku gagahkan ia untuk dibuka.

Aku sibuk. Kawad. Bertugas pusat sumber. Kelas tambahan dan macam macam lagi . Payah benar rasanya nak disenaraikan. Aku taktahu nak taip apa lagi, tapi apa yang aku tahu aku masih mahu terus menaip. Jarum jam makin menganjak. Aku perlu paksa diri aku tidur lena mata terpejam rapat dan mimpi indah indah. Aku taktahu apa yang aku merapu waktu ni. Asalamualaikum :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...