Thursday, January 26, 2012

Bersama kekawan yang awesome :)


Hi , Asalamualaikum :) Maaflah entry ni bukannya entry pasal jamuan kelas aku . Gambar gambar tak sampai lagi ke tangan aku . Bukan main lama lagi aku menyepi . Do you miss me . Ohmaii , perasannyaaa -,- Mungkin blog aku berhabuk . Ergh , taknak lah . Blog aku tak main lah berhabuk habuk ni okayy . Hihihi . Oh kan aku kata ni bukanlah entry untuk jamuan kan ? Tapi ni entry untuk hari semalam . Ya , semalam hari Rabu . Sekarang kan tengah cuti tahun baru cina . So Rabu semalam kitaorang decide nak pergi Pustakaan Negara :) Nasib kitaorang baik , sebab tunggu bas pergi dan balik tuu tak lama pun . Okay , pendahuluan jee aku dah bebel bebel macam mak jemah . Siapa mak jemah ? Mana aku tahu . Kau tanya encik goggle ><



Okay , merapu jee lebih . Nak mula dari mana ni . Okay first , kitaorang tiga orang gerak dulu tauu . I mean aku , syina dengan nabila . Yang lain tah mana mana tah pukul tiga lebih baru sampai -,- sampai sampai jee pergi simpan beg dekat locker . Then buatlah segala homework yang cikgu bagi . Alhamdullillah dah siap dah pun even math . Kuikui . Nantilah okay ? Jumaat ke Sabtu kee . Hihihi :B

Saya suka gambar ni <3 
Inilah dia bapak bodyguard kitaorang semalam . Kan tough-2 tuuuuu  *buatmuka*

Kesian betul dengan kitaorang . Masing masing tak breakfirst lagi . Pukul lima lebih baru turun makan . Tapi kitaorang tak makan dekat situ . Kitaorang makan dekat kantin Istitut Jantung Negara . Alohaa , depan tuu je . Makan nasi ayam siap berkongsi dengan Syina , tapi tak terdaya nak habis kan . Mana taknyaa , ada ke patut letak dua skop ? Banyak tu welawehh :D Memang tak ah nak menghabiskan satu pinggan tuu .


Then then lepastu singgah Axis . Buat apa dekat sana ? Menari joget zapin mak endang . Just kidding~ kitaorang karaoke lah pakcik/makcik . Memang bingit dalam tu . Semua nak nyanyi . Tapi yang sedih sikit bila ayah call marah suruh balik . Aku dah awal awal bactahu abang suruh bagitahu ayah okayy . Haish , thanks lah Syina thanks lah Nabila sebab ada dekat sisi aku time aku nangis terhenggut henggut tu kan :') Ayah kata aku dah naik lemak . Hm , aku tak faham . Walaupun aku keluar bercampur dengan budak lelaki tapi aku tahu jaga batas batas pergaulan . Aku takde pun sentuh sentuh diaorang . Haikal nak salam pun aku geleng geleng kepala . Mak ayah orang lain takde pun macam tuu . Mungkin ada sesetengah tuu lah kan . Entahlah...tapi bila dah sampai rumah takde pulak dia marah marah ? Mungkin berkat baca bismillah banyak kali kott . Wallahualam :) Dahlah aku taknak cerita pasal ni lagi . Tutup buku okayy :)




Apaper pun , harini aku gembira sangat . Macam mana ya nak gambarkan kegembiraan tuu ? Haha . Takdelah gembira gilaa tapi not bad lah ;) Thanks all because make my day happy today >< Nah bawah ni ada lagi . jangan malu malu jangan segan segan . Tataplah sampai juling .
-
-
-




Hahaha :D okayy the end Asalamualaikum ><

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...