Tuesday, November 8, 2011

You're my sentimental value :')


Macam mana nak mula ? Baiklah aku mulakan , okay nak hari ni betul betul nak straight to the point . Kau taknak baca pun aku tak kisah .
Orang takkan faham perasaan aku bila kucing yang aku pelihara dari awal tahun lepas sampai ke hari ni hilang . Ya , hilang tanpa jejak . Aku tak tahu dia pergi mana . Sumpah aku tak tahu . Aku sedar aku terlalu emosional dan sensitif samapaikan aku meratap setiap dua hari ni macam ada orang meninggal dunia .

Aku tak tahu kenapa sampai macam tu sekali tempias yang kena dekat aku . Pagi tadi sampai sekolah aku ternangis . mungkin diaorang fikir aku saja cari simpati . Tidak , masa atas motor lagi aku dah mula nangis . Aku tak tahu kenapa aku macam ni . Aku sayang kucing aku , Andak macam aku sayang buah hati aku . Okay , aku takde pun buah hati .

Bila aku teringatkan dia je mesti airmata aku rasa nak tumpah . Allah kuatkanlah aku , kentalkanlah jiwa aku .
Aku sedih bila balik sekolah , bila masuk je dalam bilik takde sape pun yang sambut aku .
Bila celik mata je aku dah tak nampak dah dia . Ya Allah rinduuunya aku . Aku terasa sangat bila dia takde weh .
Aku rindu time nak bagi dia makan , aku lari lari pastu dia kejar . ikut jee aku . Macam mana hidup aku takde   Andak tu weh ?
Boleh dikatakan aku rindukan segala galanya tentang dia . Aku rindu . Aku selalu bisik dekat hati aku , aku kata 'Jangan risau Ayu , dia akan balik jugak '

Setiap jiran aku yang aku jumpa mesti aku tanya 'Kau nampak Andak tak' jawapan diaorang semuanya sama 'Tak , tak dan tak ' aku nak sangat dengar orang cakap ' macam ada nampak , cuba kau tengok kat situ '
Arggggh , aku sangat sangatlah stress fikirkan perkara ni .

Okay saya terharu kejap . hehe jahat tak aku ? takdelah aku appreciate sangat sangat sebab INI GADIS  cuba  untuk memahami diri aku :) thanks Syifa , I Iloveyoulikealovesongbaby*tiba tiba .

Kaurang takde kat tempat aku , kaurang tak akan pernah akan faham aku . Tapi aku hargai dekat rakan-rakan yang sentiasa pujuk aku sabar dan bagi aku harapan yang positif :) Ini hanya secebis dari hati aku , Aku nak andak tahu , aku sentiasa tunggu dia dan aku sayang dia melebihi diri aku sendiri . Dah aku tak boleh nak tahan cerita pasal dia lagi . Korang doakan aku tau . Berilah andak pulang ke rumah semula , janganlah ada apa apa yang buruk berlaku pada dirinya aminyarobbalalamin :'( Asalamualaikum

Gambar ni merupakan gambar terakhir yang aku tangkap iaitu dua hari sebelum andak pergi jauh tinggalkan kami sekeluarga :(


4 comments:

  1. SABOR LA.. MESTI DIA TAK JUMPE JALAN BALIK LA TU..

    ReplyDelete
  2. Mudah betul orang cakap ungkapan SABAR tuu . Wallahualam . Tapi harapan ayu tinggi sgt nak dia balik :'(

    ReplyDelete
  3. aku yakin dan pasti ! Andak kesayangan kau akan pulang hari jumaat ni ! ya !!! harap harap lah mulut aku ni terlampau masssin ! amin~~~

    ReplyDelete
  4. Naja : Wah , seronoknya . aku pun harap mulut kau masin habis~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...