Tuesday, October 25, 2011

Memang tak patut



Ceritanya bermula apabila Juju telefon aku pada malam hari iaitu malam semalam untuk keluar . Oh okay , aku akan pertimbangkan . tengok kalau ayah aku benarkan ataupun tidak . Keputusan diterima esoknya dan ayah membenarkan dengan hanya satu anggukan . Terima kasih ayah *senyum kelat

Kehadiran aku dan syina agak lambat . Aku bawa moto , so aku parking berhampiran dengan rumah Oren . Bertujuan untuk mudah aku pulang ke rumah apabila petang nanti . Berjalan kaki ke Putri Park  sebab Juju dengan Khairina memang dah menunggu lama kat sana . katanya dah lepas lapan bas . dasyat bukan . Juju bermuarm durja . Aku serba salah . Aku tak reti nak pujuk orang . Aku rasa Syina pun faham yang aku memang tak pandai bab pujuk memujuk ni . Syina kata rileks jee nanti kita settle kan . Oh Okay . Aku hanya angguk . Gerun jugak aku bila Juju touching macam tuu . 





Sampai-2 terus settlekan apa yang patut . Khairina punya broadband patah . kata Oren dan Juju Khairina gigit ia . haha . Sesudah tu , terus ke food court KLCC . selesai makan bergerak ke tempat yang memang dirancang iaitu Pertrosains . Tapi harapan kami hancur berkecai tatkala yang terpamer disitu
"TICKET SOLD OUT"
apa perasaan kau ? agak kecewa tapi kami tabahkan hati . Tak tahu kemana nak bawa diri . Terus jee kitorang ke Pavi . Disana hanya berjalan , jalan dan jalan . Apabila penat duduk sekejap . tanpa disangka sangka ternampak Khairul Fahmi Che Mat . Dia sangat tinggi  :) auww auww . Kitorang cuba mengekori dia tapi rasa macam tak patut apabila mengenangkan ini tempat privasi . Kitorang hanya mampu memandang saja kelibat dia .

Seterusnya mencari pusat karaoke . memang tak patut sana sini mahal . maklumlah kami masih pelajar . ada juga yang tak benarkan orang bawah umur masuk . Okay fine , kami agak hampa .
Bershopping sebab ada sedikit sale yang amat berbaloi baloi dan baloi . Ini indah lah .

Syina ada masalah pengangkutan dan penakut-an . Nak balik dari sini ke Jalan Duta adalah satu hal yang amat merunsingkan kami berlima . Akhirnya aku ambil keputusan pulang dulu dengan Syina dan tinggalkan yang lain teruskan shopping . sempat lagi aku pesan "Have a nice day :)" , diorang senyum jee . Mama Syina bimbang sangat . Aku pula cuba meyakinkan Syina yang tak kan ada apaper yang berlaku selagi dia bijak menjaga diri . Bincang agak lama setengah jam begitu , akhirnya abg sedara Syina ambik . Part ni aku sangat geram . Bus memang lambat nak mampos . Kaki aku dah mengigil gigil tunggu bas . Abg Asyrap(saudara Syina) pun boleh tahan lambat . Dalam pukul 8 lebih macam tuu baru dia sampai . Dan aku tahu Syina agak keberatan nak tinggal kan aku . Tapi aku tak kisah , sebab aku tahu aku boleh jaga diri aku . Sekang berapa minit lepastuu baru bus sampai . Memnag takpe lambat macam tu sekali . tiga jam aku tunggu okay . meh aku ulang TIGA jam . kau tak ada kat tempat kitorang so , kau tahu betapa seksanya kaki aku berdiri . sampai dalam bus pun berdiri tak duduk-2 . Dasyat sungguh dugaan Allah :(

Sampai rumah ayah , abang agak geram dengan aku . mereka marah tanpa bagi aku langsung peluang untuk bercakap . its not fair ! aku tak tahu kenapa sampai perlu marah rakan-2 aku . itu sungguh tak patut dan ia amat memalukan . sungguh memalukan . Aku malu dengan diorang sungguh aku malu . kerana apa ? diorang tak tahu apa-2 . Mungkin salah aku juga sebab tak angkat fone . tapi , aku bukannya saja-2 tak nak angkat fone . bateri aku takde . Ya , takde langsung !

Yang paling aku tak tahan ayah kata 
"kau takpayah keluar lagi lah dengan kawan macam ni " 
Ya Allah agak tersentap aku . Sampai hati ayah kata macam tuu . Ya , mungkin diorang bimbang kan aku . Tapi bukan macam ni cara nya . bukan macam ni . dan aku tahu bila perasaan marah tu menguasai diri semua yang tak patut kita cakap pun akan tercakap . Aku sangat pasti ayah tak bermaksud nak cakap macam tu . Ini semua salah faham yang aku minta sekarang ni , cuba lah untuk faham aku ,






2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...