Tuesday, September 20, 2011

I love soo much it

Aku sedang leka menghadap komputer riba milik akak ,`melayan ucapan hari lahir di mukabuku .  ayah memanggil manggil nama aku . aku ada mata , aku nampak lampu ruang tamu sudah dipadamkan . semestinya kejutan untukku . aku sudah mengagak yang keluargaku akan meraikan hari lahirku pada hari ini . apa pandangan anda mengenai gambar yang saya gembar gemburkan di atas ? hee . sudah , sekarang saya mehu memberhentikan ayat baku ini sekarang juga . 
Apreciate sangat-2 apa yang diorang yang sekeliling aku cuba buat pada aku . seboleh-bolehnya diorang nak tengok aku gembira hari ni . Ya , aku akui aku gembira melalui hari ini . Aku semakin meningkat dewasa . Bersyukur kerana diorang sedar akan kewujudan aku :) 
Di sekolah , aku sampai-2 sekolah je , terus tuju bilik air . betulkan tudung yang dah serupa apa tah . aku memang benci pakai tudung sekolah . memang selalu nampak selekeh ! hee . okay , sambung balik . lepas tu dengan langkah yg sederhana besar , aku masuk ke kelas . dari luar lagi aku nampak Pah tersengih-sengih , hee , aku pun balas lah sengihan diia tuu . 
Aku tak pasti siapa yang beli huruf-2 kecil , diorang gabungkan semua teman-2 aku , sayangnya huruf 'A' ada pulak yang tak cukup . aku perhatikan je , apa yg diorang buat . aku tengok jugak even diorang halau aku , tak mau kasi tengok , har har . Lepastu ramai-2 nyanyi lagu hari jadi . Boleh tahan kuat , rasa macam nak rakam pulak memori tu , tapi kena ingatlah , aku di sekolah . Memang tak ah nak bawak camera bagai . serentak tu , air mata aku bergenang , tapi tak menitis pun lah . Aku bangga , aku hargai , aku seronok dan aku gembira mendengarnya :) indah bukan ? hee . Akan aku pahatkan semua ini dalam memori cip ingatan aku . kalau tak cukup nanti aku tukar dgn megabite yg lebih besar okay :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...